Monday 26 November 2018

Ultras Malaya (UM), antara nadi kejayaan pasukan bola sepak negara 

SELAIN sorakan puluhan ribu penyokong di stadium, tidak dapat dinafikan chant daripada kumpulan penyokong dengan nama Ultras Malaya (UM) tak lengkap kalau takde.






Sorakan penyokong bola paling gempak. Menyanyi lagu chant dan ketuk-ketuk drum.

Stadium memang sunyi tak dapat sokongan Ultras Malaya. Ultras Malaya sentiasa menjadi tulang belakang kalau kita ada main di tempat sendiri .

Ultras Malaya (kumpulan penyokong)

Penyokong tegar Harimau Malaya (Pasukan Bolasepak Malaysia -F.A.M)

Ultras Malaya telah ditubuhkan pada tahun 2007 atau lebih dikenali dengan UM07 (Ultras Malaya - 07), oleh beberapa penyokong tempatan yang telah bergabung dengan penyokong fanatik.

Ultras Malaya pada mulanya hanya mempunyai seramai lebih kurang 20 penyokong setia terdiri daripada Capo (ketua), Curva Crev - CC (pembantu ketua) dan Komrad (ahli).

Mereka membentuk Ultras Malaya ketika pasukan Malaysia menghadapi Piala Asia 2007 yang diadakan di Malaysia.

Walaupun pasukan kebangsaan Malaysia tidak mampu memberikan prestasi yang terbaik, Ultras Malaya masih setia menyokong pasukan kebangsaan.

Semenjak penubuhanya, walaupun prestasi skuad Malaysia terumbang-ambing, UM07 terus setia memberikan sokongan dimana-mana sahaja skuad Malaysia berada.

Selepas kegagalan pasukan kebangsaan untuk melayakkan diri di AFC Asian Cup 2011 , Malaysia tidak mempunyai banyak penyokong kerana prestasi yang sangat mengecewakan.

Pada masa itu, UM07 mempunyai lebih kurang 50 penyokong dan masih setia dan terus memberikan sokongan kepada skuad negara.

Selepas pasukan Malaysia berjaya mendapat pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2009,senario bola sepak Malaysia telah menjadi lebih baik berbanding sebelum ini dengan lebih banyak penambahbaikan dibuat dalam Liga Super Malaysia dan kebanyakan peminat mula menyertai UM07 untuk menunjukkan sokongan kepada skuad negara.

Keahlian Ultras Malaya mulai meningkat perlahan-lahan dari tahun ke tahun sehingga kemuncaknya pada AFF Suzuki Cup 2014 yang mana dianggarkan Komrad telah mencecah puluhan ribu .

Keahlian UM07 telah berkembang dari masa ke semasa dengan tertubuhnya divisyen-divisyen Ultras negeri iaitu:
1. Silver State Ultras ( Perak FA)
2. Ultras Kedah 09 (Kedah FA)
3. UltraSel ( Selangor FA)
4. Boys of Straits (B.O.S) ( Johor Darul Takzim)
5. Brigate Gialloblu Perlis (Perlis FA)
6. Gate H Boys (Kelantan FA)
7. Ultras Nogori 9 ( Negeri Sembilan FA)
8. Ultras Tranung (Terengganu FA)
9. Elephant Army (Pahang FA)
10. Citiboys Ultras (Kuala Lumpur FA)
11. Ultras Taming Sari (Melaka FA)
12. North Borneo Ultras (Sabah FA)
13. GB13 (Sarawak FA)
14. Ultras Panthers (Penang FA)

UM07 tidak ditaja oleh mana-mana pihak dan sumber kewangan UM07 adalah hasil daripada penjualan barangan Ultras dan sepenuhnya daripada kewangan Komrad sendiri.

UM07 juga mempunyai lebih daripada 20 chant atau lagu namun begitu chant yang terkenal antaranya adalah "selamanya Harimau Malaya" , "demi Malaysia" , "sehati-sejiwa" , "kau kebanggaanku" dan juga chant terbaru UM07, "ekor" dan "bangkitlah pahlawanku".

Bagi peralatan pula, drumline adalah hasil gabungan drumline Ultras negeri dan panji-panji adalah sepenuhnya daripada Ultras Malaya.

Ultras Malaya kadang kala disalah anggap membawa imej negetif kepada Malaysia, namun begitu sering ditekankan oleh Capo dan CC akan pentingnya disiplin dalam kalangan komrad dan juga sentiasa menghormati penyokong pihak lawan.

Ultras Malaya tidak pernah terlibat dengan sebarang budaya Hooligan atau rusuhan samaada di tempat sendiri atau di tempat lawan.

Etika pemakaian UM07 adalah berbaju Hitam, memakai mafla dan sentiasa berkasut.

Wanita tidak dibenarkan berada di Curva atas faktor keselamatan dan tiada sebarang rakaman ataupun selfie ketika berada di Curva.

Akhir sekali Komrad perlulah sentiasa bersorak dengan sepenuh hati dan jiwa demi negara, Malaysiaku.

RELATED SEARCHES:
ultras malaya official website
ultras malaya song
lekir ultras malaya
ultras malaya logo
ultras malaya chant
ultras malaya fb
ultras malaya lirik
ultras malaya lekir ahmad

Thank you for watching our videos!
We work hard to make sure you keep coming back for the content we produce.

Go check out my  youtube channel Blog In Malaysia. If you do like my channel, please subscribe, comment and share the videos.

Comment, LIKE, SHARE
SUBSCRIBE Youtube Channel
BlogInMalaysia
https://www.youtube.com/user/bloginmalaysia

Malaysian bloggers
https://bloginmalaysia.blogspot.com
RELATED SEARCHES:
blogger malaysia 2017
malay blogger malaysia
blogger malaysia 2018
malaysian beauty blogger
malaysian political bloggers
malaysian travel bloggers
famous food blogger in malaysia
malaysian fashion bloggers

Terms of Use
Creative Commons Master Terms of Use
https://creativecommons.org/terms/

No comments:

Post a Comment