Wednesday 7 November 2018

A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem (Iklim) Biografi

A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem (Iklim) ialah penyanyi terkenal yang berasal dari Terengganu, Malaysia.









Pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi Iklim yang terkenal dalam dekad 90-an.

Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul.

Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings.

Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Kepulauan Cocos di Australia.

Saleem

Latar belakang

Nama lahir: A. M. Salim Abdul Majeed
Juga dikenali sebagai: Saleem & Saleem (Iklim)
Kelahiran: 31 Ogos 1961 Permaisuri, Setiu, Terengganu, Malaysia
Meninggal dunia: 14 Oktober 2018 (umur 57) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
Genre: Rock
Pekerjaan: Penyanyi
Instrumen: Vokal
Tahun aktif: 1988–2018
Kegiatan berkaitan: Iklim

Biodata

Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Permaisuri, Setiu, Terengganu.

Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu.

Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya.

Walau bagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai.

Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.

Kematian

Saleem dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat kemalangan motosikal yang dialaminya semasa 28 September lalu.

Beliau mengalami kecederaan pada bahagian tulang rusuk sehingga beliau dalam keadaan koma. Pada 14 Oktober 2018, beliau akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:15 pagi.

Perkara itu telah disahkan menerusi anaknya, Iera Fakhira. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras, Kuala Lumpur selepas solat Zohor.

Al-Fatihah ...

RELATED SEARCHES:
bekas isteri saleem iklim
biodata saleem iklim
anak saleem iklim
saleem iklim bercerai
saleem iklim terkini
keluarga saleem iklim
anak anak saleem iklim
saleem iklim meninggal dunia

Go check out my  youtube channel Blog In Malaysia. If you do like my channel, please subscribe, comment and share the videos

Comment, LIKE, SHARE
SUBSRIBE  Youtube Channel
BlogInMalaysia
https://www.youtube.com/user/bloginmalaysia

Malaysian bloggers
https://bloginmalaysia.blogspot.com
RELATED SEARCHES:
blogger malaysia 2017
malay blogger malaysia
blogger malaysia 2018
malaysian beauty blogger
malaysian political bloggers
malaysian travel bloggers
famous food blogger in malaysia
malaysian fashion bloggers

Terms of Use
Creative Commons Master Terms of Use
https://creativecommons.org/terms/

No comments:

Post a Comment